Sara 6 Janda Sejak 8 Tahun Lalu, Ahmad Dhani Tidak Mungkir Janji

Walaupun sudah lapan tahun berlalu, Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Abdul Qodir Jaelani yang lebih dikenali sebagai Dul Jaelani masih berpegang pada janji untuk menyara keluarga mangsa kemalangan yang meragut enam nyawa pada tahun 2013.

Melalui podcast di saluran YouTube Deddy Corbuzier, vokalis Dewa 19 itu mendedahkan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan nasib enam wanita yang bergelar janda selepas suami mereka terlibat dalam kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian anaknya.

Penyanyi itu menjelaskan bahawa beliau berusaha sebaik mungkin untuk terus menunaikan janji menanggung kehidupan enam wanita tersebut.

Sumber: Instagram @ahmaddhaniofficial

“Kalau masih ingat, saya pernah berjanji akan menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami dan meninggal dunia kerana dilanggar anak saya. Saya masih tunaikan janji itu sehingga sekarang.

Saya buat sebagai usaha untuk bantu mereka. Saya mungkin akan menanggung mereka sehingga anak-anak mereka menamatkan pengajian masing-masing,” ujarnya.

Sumber: Instagram @duljaelani

Menurut Ahmad Dhani lagi, Dul turut sama membantu menyara seorang wanita. “Dul juga ada menyara salah seorang wanita jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku, ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil,” tambahnya.

Dalam pada itu, tanggungan itu difahamkan adalah atas inisiatif penyanyi itu sendiri dan bukannya tertakluk dalam undang-undang ataupun hukuman daripada kemalangan yang berlaku.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan Indonesia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca