Santesh Menerima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR)

Lagu Amalina versi Tamil nyanyian Santesh telah menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 1 juta tontonan dalam tempoh 3 hari selepas ia dilancarkan dalam laman perkongsian video YouTube.

Santesh atau nama sebenarnya, K. Shanthesh, 31, berkata, pengiktirafan itu amat bermakna sepanjang bergelar penyanyi sekali gus menyuntik semangat untuk menghasilkan lagu yang lebih berkualiti.

“Saya berasa terharu dan terkejut apabila dimaklumkan lagu Amalina versi Tamil tersenarai sebagai lagu Tamil paling pantas menerima 1 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 3 hari.

“Meskipun kehadiran penyanyi berbangsa India mewarnai industri hiburan, saya tidak sangka lagu nyanyian saya masih menerima sokongan daripada peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Mymuna semalam.

Menurut Santesh sambutan hangat terhadap lagu Amalina versi bahasa Melayu membuatkan peminat teruja menantikan Amalina versi Tamil.

Katanya, dia tidak menolak tempias penerimaan Amalina versi bahasa Melayu menyumbang pengiktirafan MBOR.

“Apabila versi terbabit dimuat naik dalam laman YouTube, lagu tersebut mendapat sambutan hebat pelbagai lapisan bangsa. Lagu Amalina versi Tamil juga berjaya menduduki carta trending YouTube selama seminggu,” katanya.

Sehingga kini, lagu Amalina versi Tamil telah mendapat lebih 6.8 juta tontonan manakala versi bahasa Melayu meraih 26 juta tontonan di YouTube.

Amalina versi Melayu

Amalina versi Tamil

Tahniah buat Santesh!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca