Sangkut Pelitup Muka Di Leher Akan Menyebabkan Penyebaran Kuman Berlaku

Seperti yang kita sedia maklum, sejak penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, pemakaian pelitup muka sudah menjadi satu kewajipan buat rakyat Malaysia. Ia adalah sebagai salah satu langkah bagi membendung virus berbahaya itu.

Walau bagaimanapun, sesetengah daripada kita kerap menurunkan pelitup muka hingga ke dagu dan leher khususnya ketika hendak makan, minum atau menghirup udara segar.

Namun, tahukah anda, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran?

Ini kerana, ketika memakai pelitup muka, bahagian dalamnya akan menyentuh mulut dan hidung. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kuman serta bakteria tersebar di bahagian dagu dan leher.

Pakar Mikrobiologi Universiti Georgetown, Erin Sorell turut berkata bahawa pelitup muka tidak sepatutnya digantungkan pada leher apatah lagi jika kita sudah menggunakannya.

“Tujuan menggunakan mask (pelitup muka) adalah untuk melindungi mulut dan hidung daripada titisan batuk atau bersin dan ia bagi melindungi orang lain atau diri sendiri,” katanya.

Erin turut berkata, jika ingin membuka pelitup muka untuk sementara waktu, sebaik-baiknya ia dibuka terus dan diletakkan di tempat yang selamat agar tidak terdedah kepada kuman dari sumber lain.

Sementara itu tinjaun kami di laman Twitter Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut menjelaskan isu yang sama.

Beliau meminta orang awam untuk memakai pelitup muka dengan betul atau menanggalkannya terus.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca