Sanggupkah Anda Berbelanja RM199,000 Demi Sebiji Durian?

Berapa anda sanggup bayar semata-mata untuk makan durian?

Seorang ahli perniagaan sanggup menghabiskan 1.5 juta baht (RM199,289) semata-mata untuk membeli raja buah jenis Kanyao ketika sesi lelongan di festival Raja Buah 2019 di Nonthaburi, Thailand pada Sabtu lalu.

Durian jenis itu dikatakan sebagai durian paling mahal di dunia. Pada tahun lalu, ia dijual pada harga 800,000 baht (RM106,118).

Festival berkenaan mendapat perhatian pencinta buah dan durian yang dijual di situ diambil dari ladang berdekatan.

Lelongan untuk buah tersebut bermula pada harga 20,000 baht (RM2,655).

Terdapat 9 jenis durian yang dilelong di mana ia mempunyai saiz dan bentuk yang sempurna di samping isinya yang masak ranum.

Selain jenis Kanyao, durian jenis Monthong dan Kop Med Tao turut dijual di festival berkenaan pada harga 300,000 baht (RM39,794) setiap satu.

Menurut seorang peladang iaitu Maliwan Han Chai Thai yang mencatatkan jualan durian pecah rekod, dia langsung tidak menjangka bahawa harga durian berkenaan boleh mencecah lebih 1 juta baht.

“Saya tahu ia adalah durian yang sangat istimewa tetapi saya kagum dengan berapa tinggi harga yang dijual,” katanya.

“Saya berharap pembida dengan harga tertinggi menikmati durian tersebut. Variasi ini adalah yang paling enak di dunia dan kita akan mengembangkannya,” ujarnya kepada Newsflare.

Hasil daripada lelongan tersebut berjaya mengumpul kira-kira 4.5 juta baht (RM596,624). Jumlah itu akan disalurkan kepada ladang dan juga bakal disumbangkan kepada badan amal tempatan bagi membeli keperluan perubatan di hospital.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca