Sanggupkah Anda Belanja Hampir RM 8,000 Untuk Burger ‘Bling-bling’ Ini?

Sebuah restoran di Chelsea, London telah menyajikan burger yang didakwa antara termahal di dunia. Burger mewah ini bernama Glamburger.

Resipi Glamburger ini direka oleh seorang Chef bernama Hony Tonk khas untuk restoran Groupon sempena sambutan dapat menjual makanan dan minuman yang kelima juta. Apa yang menarik, mereka mengadakan pertandingan dan pemenang yang bertuah dapat merasai burger eksklusif tersebut secara percuma.

Kenapa harga burger ini seperti kos pengubahsuaian rumah? Kerana bahan-bahannya yang mahal dan berkualiti tinggi seperti daging Wagyu Kobe, udang galah, telur ikan beluga dan cendawan paling mahal di dunia iaitu truffle. Selain itu, telur itik salai dan roti ban burger tersebut bersalut daun emas.

Burger glamor ini turut mengandungi 2618 kalori.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca