Sanggup Panjat Dinding Penjara Setinggi 13 Kaki, Lelaki Ini Nekad Untuk Buktikan Cinta Kepada Bekas Kekasih

Demi cinta, seorang remaja lelaki cuba untuk memecah masuk ke dalam sebuah penjara untuk memenangi hati bekas kekasihnya semula.

Memetik laporan media tempatan, wanita itu baru sahaja memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit sejurus sebelum remaja lelaki tersebut membuat keputusan untuk memecah masuk ke dalam penjara berkenaan.

Menurut jurucakap penjara juvenil itu yang terletak di Vechta, Jerman, lelaki itu kelihatan sangat terdesak dalam memujuk wanita berkenaan untuk mengubah fikirannya.

Sumber: Daily Mail

Menurut laporan BBC, lelaki yang berusia 18 tahun itu sanggup memanjat dinding penjara setinggi empat meter yang bersamaan dengan 13 kaki untuk menuju ke sel yang menempatkan bekas kekasihnya itu.

Nekad untuk membuktikan cinta kepada bekas teman wanitanya yang juga berusia 18 tahun, dia tidak mahu turun daripada dinding penjara itu menyebabkan pihak bomba Vechta terpaksa menggunakan tangga untuk membawanya turun.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada usaha berkenaan berjaya menambat kembali hati wanita berkenaan, tetapi tindakan drastik itu berjaya membuatkan dirinya berdepan tuduhan menceroboh.

Lelaki itu menggunakan lampu jalan untuk membantunya memecah masuk penjara berkenaan. Walau bagaimanapun, selepas insiden itu, pihak berkuasa kini menggunakan kawat berduri untuk membalut lampu jalan terbabit supaya kejadian ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Dalam pada itu, terdapat pihak yang turut mempersoalkan mengapa remaja terbabit sanggup memanjat dinding penjara setinggi empat meter itu apabila dia boleh sahaja melawat wanita berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca