Sanggup Pakai Emas Seberat 2KG, Lelaki Vietnam Ini Obses Demi Tuah

Hanya kerana terlalu obses dengan emas, seorang lelaki Vietnam tular kerana memakai barang kemas yang banyak di leher dan di tangannya serta memandu kenderaan yang bersalut emas.

Tran Duc Loi, 39, seorang ahli perniagaan dari wilayah An Giang di Vietnam menjadi perhatian di negaranya baru-baru ini.

Duc Loi mendedahkan bahawa dia memakai hampir dua kilogram barang kemas setiap kali keluar iaitu rantai leher berbentuk naga 250 gram, 10 cincin emas besar, gelang tebal dan jam tangan besar bersalut emas.

Selain daripada perhiasan mewah yang dipakainya, dia juga mempunyai sebuah kereta berjenama Lexus serta beberapa motosikal yang telah disaluti emas.

Proses penyaduran emas untuk kenderaannya sahaja menelan belanja ratusan juta dong Vietnam.

Tabiatnya ini dipercayai sebagai cara meningkatkan tuah buat dirinya.

Dia percaya emas membawa nasib baik dalam perniagaan dan sering memastikan untuk memakai perhiasan jenis itu sebanyak mungkin apabila dia keluar rumah.

“Pada mulanya saya hanya memakai beberapa barang kemas, dan kemudian saya terus menambah lagi. Saya mula merasakan beratnya, tetapi saya sudah terbiasa dengannya.

Saya cuba mencari keseimbangan kerana aksesori emas kecil mudah pecah, manakala aksesori yang terlalu tebal berat untuk dipakai untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Dia tidak memakainya secara sebarangan, sebaliknya bergantung pada prinsip feng shui.

“Saya mengikuti feng shui kerana saya mempunyai takdir emas, jadi ia sepadan dengan warna emas,” jelasnya.

Walaupun sesetengah orang mengkritik Duc Loi kerana mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Ini menunjukkan contoh buruk kepada golongan muda terutamanya apabila dia berkongsi video di TikTok yang menjadikan lelaki itu popular di media sosial.

Beberapa klip videonya ditonton berjuta-juta orang dan ramai yang berharap mereka boleh menjadi sepertinya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca