Sanggup Menghabiskan RM103 Ribu, Lelaki Ini Ubah Wajah Akhirnya Menyesal

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Liam Halewood berumur 33 tahun sanggup menghabiskan wang berjumlah 20,000 paun (RM103,570.99) hanya untuk mengubah wajahnya kerana tidak mahu disamakan dengan pelakon komedi Alan Carr.

Liam mengambil keputusan itu kerana wajahnya sering dibandingkan dengan pelakon komedi itu.

Dia telah mengubah wajahnya dengan melakukan suntikan botox dibahagian bibir, muka, rambut dan beberapa bahagian yang lain.

Liam juga pernah muncul di beberapa kaca televisyen dan mengatakan bahawa dia masih tidak berpuas hati lagi terhadap perubahannya itu.

Dia memberitahu bahawa mukanya tidak menyerupai seperti pelakon komedi.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang berbeza sehingga mendapat tentangan daripada keluarganya.

Liam akhirnya menyesal melakukan perkara itu dan menyebabkan dia mengalami masalah daripada segi mempunyai hutang dan di dalam proses penceraian bersama isterinya. Dia juga memaklumkan bahawa dia semakin depresi dan hilang segala yang diimpikan selama ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca