Sanggup Mengandung Cucu Sendiri, Wanita Jadi Ibu Tumpang Untuk Anaknya

Seorang wanita berusia 54 tahun yang berasal dari Australia sanggup mengandung cucunya sendiri apabila bersetuju untuk ibu tumpang untuk anaknya.

Maree Arnold bersetuju untuk melakukannya atas sebab ingin impian anaknya, Meagan White menjadi seorang ibu tercapai.

Meagan, 28, telah disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) sejak umurnya 17 tahun lagi.

MRKH ialah sejenis sindrom yang menyebabkan penghidap dilahirkan tanpa rahim dan tidak berpeluang untuk hamil.

Dia hampir berputus asa apabila ibu tumpangnya sebelum ini mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 21 minggu.

Namun, setelah Maree membuat beberapa kajian, dia mendapati bahawa dia boleh menjadi ibu tumpang buat anaknya sendiri dan sekarang dia sedang mengandung cucunya sendiri pada usia 30 minggu.

Meagan menjelaskan bahawa ketika remaja dia menunggu untuk mendapat haid dan setelah menemui doktor, dia telah disahkan menghidap MRKH.

Disebabkan dia dilahirkan tanpa rahim, Meagan tidak mempunyai haid dan tidak akan mengandung.

Meskipun begitu, ovarinya masih berfungsi dan ianya bermakna dia boleh mendapatkan anak dengan bantuan ibu tumpang.

Pada awalnya, Meagan tidak memikirkannya sangat tentang perkara itu kerana dia masih seorang remaja.

Namun begitu, setelah bertemu dengan suaminya, Clayde, 28, pada 2015, dia memasang impian untuk membina keluarga dan menjadi seorang ibu.

Meagan berasa beruntung kerana Clayde sentiasa menyokong setiap tindakan dan berazam untuk menjadi ibu bapa tanpa mengira apa caranya sekalipun.

Pada Januari 2019, mereka telah menemui seorang wanita di Kanada bernama Allison untuk menjadi ibu tumpang.

Mereka berkenalan secara maya selama sembilan bulan dan terbang ke Kanada pada September tahun itu.

Setelah cubaan kali kedua, Allison akhirnya berjaya mengandung pada Disember 2019.

Malangnya, pada Mac 2020, pihak doktor telah memaklumkan bahawa bayi perempuan yang dikandungnya itu gagal membentuk buah pinggang dan tidak dapat hidup.

Setelah gagal sebanyak tiga kali dalam pemindahan embrio, Meagan dan Maree menyatakan bahawa mereka berdua telah mula berasa kecewa dan hampir berputus asa.

Awalnya, mereka berfikir mungkin cara menggunakan Maree sebagai ibu tumpang tidak akan berjaya tetapi mereka bernasib baik apabila pemindahan kali keempat akhirnya berjaya.

Kini, Maree sedang menunggu masa untuk bersalin secara pembedahan pada Januari depan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca