Sanggup Membuang Tulang Rusuk, Ini 9 Kisah Individu Taksub Dengan Pembedahan Plastik

Bagi sesetengah orang, pembedahan plastik adalah cara mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ada yang memlih untuk melakukan prosedur pembedahan yang kecil tetapi ada yang lebih berani dan telah bertindak mengubah hampir keseluruhan fizikal mereka.

1. Jocelyn Wildenstein

Digelar ‘wanita kucing’, jutawan warga Switzerland ini dikatakan telah melaburkan wang lebih daripada RM8 juta untuk pembedahan plastiknya. Menurut bekas suami wanita itu, Jocelyn yang kini berusia 77 tahun sangat kerap melakukan pembedahan plastik sehingga lelaki itu berkata dia berasa sungguh asing tanpa melihat wajah Jocelyn dibaluti kain setelah selesai satu pembedahan. Jocelyn dikatakan mengambil inspirasi pembedahan plastik wajahnya itu daripada seekor kucing hutan.

2. Justin Jedlica

Semasa berumur 17 tahun lagi, Justin sudah mahu melakukan pembedahan plastik tetapi dihalang oleh keluarganya. Kini, lelaki ini telah menjalani lebih 150 prosedur pembedahan plastik bagi mengubah fizikalnya supaya kelihatan seperti Ken, teman lelaki kepada patung Barbie yang terkenal.

3. Rodrigo Alves

Turut menjadikan patung Ken sebagai inspirasi, Rodrigo juga dikenali di serata dunia kerana wajahnya yang unik. Menurut Rodrigo dalam laman webnya, dia telah melakukan lebih daripada 50 pembedahan mengubah wajah.

4. Pixee Fox

Wanita ini sanggup membuang 6 tulang rusuk demi untuk menjadi seperti watak kartun Jessica Rabbit dalam filem ‘Who Framed Roger Rabbit?’

Apabila ditanya mengenai prosedur yang telah dijalankan, Pixiee tidak dapat mengingati kesemuanya. Namun, wanita itu berkata dia telah melakukan sebanyak empat pembedahan pembesaran buah dada, empat pembedahan hidung, pembedahan mengubah bentuk telinganya supaya kelihatan seperti orang bunian dan banyak lagi.

5. Natasha Crown

Tidak seperti sesetengah wanita yang mahu kelihatan kurus seperti kerengga, wanita ini mempunyai misi untuk membesarkan lagi punggungnya.

Baru berumur 24 tahun, Natasha telah menjalani pelbagai pembedahan untuk mengubah fizikalnya. Kini mempunyai punggung berukur lilit 85 inci, Natasha mahu menjadi individu pertama dalam dunia yang mempunyai punggung paling besar.

6. Neven Ciganovic

Demi menjadi muda selamanya, Neven telah menjalani pelbagai prosedur sejak 25 tahun yang lalu. Dalam sebuah temu bual, Neven berkata dia telah melakukan pembedahan sebanyak tiga kali pada hidungnya dan telah memasukkan implan pada kedua pipinya.

7. Bryan Ray

Sejak berumur 16 tahun lagi, Bryan telah bercita-cita mahu melakukan pembedahan plastik. Lelaki berumur 32 tahun itu telah menjalani prosedur pembedahan yang telah menelan belanja sebanyak RM333,480 untuk kelihatan seperti bintang pop popular, Britney Spears.

8. Vinny Ohh

Demi merealisasikan impiannya untuk menjadi makhluk asing yang sempurna, Vinny telah melakukan tiga pembedahan dan lebih 110 prosedur pada tahun 2017. Baru-baru ini, lelaki itu dikatakan mahu membuang alat sulitnya kerana menurutnya lagi, makhluk asing tidak mempunyai jantina.

9. Lacey Wildd

Seorang model dan ibu kepada enam orang anak, Lacey telah menjalani pembedahan yang mengubah saiz payudaranya daripada saiz A kepada saiz Q. Wanita ini turut menambah kulit babi di bahagian bawah payudaranya untuk menyokong bahagian tersebut.

Menurut pakar psikologi, ketaksuban seseorang dengan pembedahan plastik sebenarnya merupakan sejenis penyakit dikenali sebagai Body Dysmorphia. Penyakit ini boleh menyebabkan seseorang mahu mengubah fizikalnya secara kerap. Walaupun pembedahan plastik pada peringkat awalnya merupakan sesuatu yang positif, ia mampu mendatangkan pelbagai masalah serius jika dilakukan secara berterusan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca