Sanggup Kerat 2 Jari, Lelaki Taksub Mahu Jadi Makhluk Asing

Anthony Loffredo

Seorang lelaki Perancis berusia 33 tahun sanggup memotong dua jarinya hanya untuk mencapai impian menjadi makhluk asing.

Anthony Loffredo telah membuat pembedahan terbaharu itu pada tangan kirinya bagi membentuk kuku yang aneh.

Lofrredo membuat perkongsian mengenai penampilan baharunya di Instagram menerusi akaun @the_black_alien_project

Sumber: Instagram @the_black_alien_project

Prosedur perubahan misinya menjadi makhluk asing itu baru mencapai 34 peratus.

Sebelum ini, dia sudah melakukan beberapa prosedur lain termasuklah membuat tatu pada seluruh badan serta anak matanya, membelah lidah dan membuang hidung.

Lelaki Perancis itu merantau jauh ke Sepanyol pada tahun lalu untuk membuang hidungnya kerana pembedahan tersebut diharamkan di negara asalnya.

Dia juga telah meletakkan implan dermal di muka untuk memberikan tekstur kulitnya lebih bergelombang dan menghasilkan garis-garis pada tulang pipinya.

Tindakan Loffredo banyak menarik perhatian media termasuklah 762 ribu pengikut Instagram miliknya.

Ramai yang terkejut dengan perubahan yang dilakukan sangat pelik dan mengerikan tetapi menarik. Malah ada segelintir juga mengecam perbuatannya itu.

“Tak hormat mereka yang malang akibat kehilangan anggota badan dan mencari cara untuk berfungsi dengan sebaiknya,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kamu 100 peratus akan menyesal nanti,” ulas seorang lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca