Seorang wanita yang dikenali sebagai Janet berusia 50 tahun sangat obsesi terhadap anak perempuanya, Jane yang berusia 28 tahun.
Janet sanggup menghabiskan ribuan wang hanya untuk merealisasikan keinginannya itu dengan menjalani pembedahan plastik. Namun, usahanya itu tidak sia-sia kerana dia kini nampak seperti kembar kepada anak perempuannya itu.
Gambar sebelum pembedahan plastik:
Dalam gambar ini, kedua-duanya nampak seperti pasangan kembar .
Janet yang merupakan seorang ibu tunggal mengatakan dia berasa gembira dengan penampilannya yang baharu.
“Kini tidak lagi seperti ibu dan anak, saya dan Jane nampak seperti kembar,” katanya.
“Kali pertama kami pergi ke bar, kami telah menarik perhatian orang ramai,” tambahnya.
Jane sendiri berbangga dengan penampilan baharu ibunya itu. Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat antara ibu dan anak.
“Dia jauh lebih baik daripada Madonna ketika berusia 50 tahun,” kata Jane.
Janet dilaporkan telah menghabiskan wang sebanyak RM47,147.04 untuk melakukan pembedahan tersebut termasuk membesarkan payudara dan pembedahan di mata serta hidungnya.