“Sangat Profesional Dan Baik,” Coretan Tentang Dr. Noor Hisham Ini Menyentuh Hati Warganet

Setiap hari, kita pasti akan menunggu siaran langsung daripada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham untuk mengetahui situasi semasa berkenaan COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, kita juga dapat melihat usaha beliau untuk menenangkan semua rakyat dan memberi cadangan terbaharu untuk membendung pandemik ini.

Meskipun tiada Menteri Kesihatan sewaktu kabinet digugurkan dahulu, beliau masih lagi bertugas bersama-sama dengan pegawai kesihatan yang lain dalam menangani wabak ini. Tidak pernah sekalipun beliau berhenti daripada berusaha sejak dari awal penemuan jangkitan di Malaysia ini sehinggalah sekarang.

Ada satu coretan yang menarik perhatian orang ramai berkenaan jasa dan pengorbanan Dr. Noor Hisham dan petugas kesihatan yang lain. Coretan daripada Encik Azizul Azli Ahmad di laman Facebooknya sangat menyentuh hati kerana ia membuka mata kita tentang pengorbanan mereka.

Coretan itu memuji perlakuan Dr. Noor Hisham yang sentiasa kelihatan tenang dan profesional dalam menjawab soalan yang diajukan. Meskipun beliau bukanlah seorang ahli politik dan hanya penjawat awam, namun pengorbanan beliau amatlah besar pada saat genting ini.

“Beliau dan semua petugas kesihatan adalah hero sebenar rakyat Malaysia,” petikan daripada coretan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai untuk lebih menghargai jasa mereka. Amatlah penting untuk kita jangan sesekali lupakan jasa mereka ini di masa hadapan.

Ini antara reaksi-reaksi daripada warganet yang lain:

Diharapkan mereka yang berjuang di barisan hadapan berada dalam keadaan yang sihat dan kuat dalam mengharungi pandemik ini. Mereka telah mengorbankan masa mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kesihatan sepanjang waktu anda berada di rumah. Bantu pejuang kita yang berada di barisan hadapan itu dengan sentiasa mematuhi peratuhan dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab yang penting.

Semoga Tuhan lindungi Malaysia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca