Sambutan Merdeka Luar Biasa, Ribuan Rakyat Malaysia Banjiri Dataran Merdeka

Selepas 2 tahun rakyat Malaysia tidak menyambut Hari Kebangsaan akhirnya kerinduan itu terubat apabila tahun ini dapat sambut dengan meriahnya.

Sumber: Berita Harian

Pada 31 Ogos, ramai pengunjung membanjiri Dataran Merdeka hingga ada yang sudah berada di sana seawal 2.00 pagi bagi memeriahkan perarakan sempena hari kemerdekaan negara ke-65.

Memetik laporan dari Berita Harian, sambutan tahun ini terdapat lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan yang terlibat serta 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka.

Acara dimulakan dengan ketibaan pembesar negara antaranya ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang tiba pada sekitar jam 7.45 pagi.

Sambutan dirasmikan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda diraja pada jam 8.00 pagi.

Sumber: Berita Harian

Lebih menarik lagi ramai rakyat Malaysia yang membawa Jalur Gemilang dan memakai baju melambangkan negara Malaysia demi semangat patriotik.

Jelaslah bahawa sambutan kemerdekaan tahun ini diraikan dengan penuh kemeriahan dan diwarnai keceriaan dari kibaran Jalur Gemilang ratusan ribu hadirin di Dataran Merdeka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca