Seorang lelaki yang berpakaian kostum seperti Joker ditahan selepas melakukan serangan di dalam sebuah kereta api di Tokyo pada petang Ahad, semalam.
Lelaki yang berusia 24 tahun itu telah menikam 10 orang penumpang secara rambang sebelum menyalakan api untuk membakar gerabak tersebut.
Pada waktu kejadian, laluan kereta api dalam perjalanan menuju ke pusat bandar untuk pergi ke perhimpunan Halloween.
Walau bagaimanapun, hasrat penumpang kereta api terbatal apabila insiden ini berlaku.
Seramai 17 orang awam mengalami kecederaan dan tiga orang dalam keadaan parah. Selain itu, seorang warga emas berusia 60 tahun dalam keadaan kritikal akibat daripada ditikam oleh suspek.
Beberapa video yang dikongsikan di Twitter menyaksikan orang ramai memanjat kereta api untuk keluar tingkap bagi menyelamatkan diri.
BREAKING: At least 6 people injured, several jumped off from windows after a man with knife set part of train on fire at Tokyo metro station in Chofu city. https://t.co/fcDbK3hn64 pic.twitter.com/h9M39DGbYZ
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) October 31, 2021
Terdapat juga satu video yang dirakam menunjukkan suspek ‘Joker’ sedang duduk sambil menghisap rokok dalam keadaan tenang selepas melakukan serangan terbabit.
🚨 | NEW: The alleged attacker in Japan, in a “Joker” costume. Sitting and casually smoking after stabbing and spraying hydrochloric acid on passengers on a train in Tokyo, and then setting everything on fire
— News For All (@NewsForAllUK) October 31, 2021
pic.twitter.com/vyncsCxdkp
Menurut laporan media Astro Awani, jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun. Ini kerana negara itu mempunyai undang-undang senjata api yang ketat. Namun begitu, kadangkala berlaku juga jenayah kekerasan yang membabitkan senjata lain.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: