Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-80, Pasangan Ini Dinobatkan Tertua Di Dunia

Cinta itu boleh berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pasangan suami isteri dari Texas, Amerika Syarikat itu menyambut ulang tahun perkahwinan ke-80 mereka pada minggu lalu.

Buku Rekod Guinness mengiktiraf John Henderson dan isterinya iaitu Charlotte yang berusia 105 tahun sebagai pasangan tertua di dunia.

John dan isterinya diraikan dalam sebuah majlis anjuran rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga di Komuniti Persaraan Longhorn Village.

Selain itu, foto yang memaparkan kegembiraan pasangan tersebut melayari bahtera perkahwinan selama 80 tahun turut dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

Untuk mengimbau kembali kenangan indah mereka, lelaki yang berusia 106 tahun itu menjemput isterinya menaiki kereta Roadster tahun 1920 sama seperti kali pertama pasangan itu keluar bersama.

Dalam pada itu, Daily Mail melaporkan, pasangan berkenaan bertemu di Universiti Texas pada tahun 1934 dan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 1939.

Baca lagi artikel mengenai kisah cinta yang bertahan lama menerusi pautan di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca