Sambut Kedatangan Tahun Baharu, Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Menerusi WhatsApp

Siapa antara pembaca yang kerap menghantar mesej kepada ahli keluarga ataupun kenalan rapat pada setiap musim perayaan?

Menurut laporan WhatsApp, para pengguna telah menghantar lebih daripada 100 bilion mesej menerusi aplikasi berkenaan pada sambutan tahun baharu.

Selain itu, pengguna aplikasi terkenal ini yang berada di United Kingdom mencatat jumlah tertinggi dalam menghantar mesej pada 31 Disember 2019.

Seterusnya, WhatsApp keluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah mesej yang dihantar pada hari terakhir tahun lalu adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Dalam pada itu, pengguna WhatsApp di seluruh dunia telah menghantar 12 bilion mesej bergambar untuk menyambut tahun baharu. Banyak, bukan?

Dikhabarkan bahawa 900 juta mesej di aplikasi kegemaran ramai ini telah dihantar oleh pengguna di United Kingdom sepanjang malam sambutan tahun baharu.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai WhatsApp, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca