Sambil Merokok, Warga Emas Ini Lari Maraton 42KM

Seorang pelari maraton di negara China telah berjaya menamatkan larian sejauh 42km sambil menghisap rokok.

Lariannnya itu hanya mengambil masa dalam 3 jam 28 minit dan 45 saat sekaligus memecahkan rekod peribadinya sebelum ini iaitu 3 jam 32 minit pada 2019.

Sumber: New Sky

Chen yang berusia lingkungan 50 tahun menamatkan acara larian maraton Xin An Jiang yang diadakan di Jiande pada 6 November lalu.

Sepanjang larian tersebut, kelihatan Chen membawa sebungkus rokok dan menghisap rokok itu hingga tamat larian.

Tabiat merokoknya itu tidak menghalang Chen untuk teruskan berlari maraton. Malah dia juga pernah bertanding dalam larian ultramaraton.

Perkara ini tidak menafikan ketangkasan dan kekuatan Chen datang daripada pengalamannya sendiri yang pernah terlibat dalam maraton pada tahun 2018 dan 2019.

Sumber: DailyMail

Memandangkan tiada rekod mengenai individu yang melengkapkan acara maraton dengan sebungkus rokok, kemungkinan Chen adalah pelari terpantas yang menamatkan larian sambil menghisap rokok.

Terdapat warganet yang merasakan tabiat Chen berlari sambil merokok menunjukkan contoh tidak sihat.

Sumber: DailyMail

Namun begitu ada yang menganggap situasi tersebut adalah sesuatu yang lucu.

Walau bagaimanapun tabiat ini jangan diamalkan dan tidak menggalak pengguna maya untuk mengikut jejak warga emas tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca