Samakan Warna Kulit Haneesya Hanee Seperti ‘Bubble Tea’, 2 Individu Diminta Memohon Maaf Secara Terbuka

Siapa yang tidak kenal dengan aktres jelita dari Dewi Remaja iaitu Haneesha Hanee. Baru-baru ini, keunikan kulit pelakon dan peragawati itu dihina oleh dua orang warganet menerusi satu kenyataan di ruangan komen dalam media sosial.

Beliau kini menuntut individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan. Menurut selebriti rupawan ini, ibunya sudah membuat laporan polis dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu tersebut masih enggan berbuat demikian.

Selain itu, pelakon berusia 19 tahun ini turut menyampaikan pesanan yang berbaur peringatan kepada individu terbabit menerusi akaun Twitternya dengan berkata, “Kamu semua boleh cari pasal dengan saya tetapi bukan dengan emak saya, jadi saya bagi kamu @akustikajalanan dan @JefriiMY dua minggu untuk lakukan permohonan maaf secara terbuka sebelum kes ini dibawa ke mahkamah.”

Susulan peristiwa yang berlaku, ibu kepada Hanee iaitu Nor Sakuraneeda meminta warganet untuk segera menghentikan kecaman yang dapat mengungkit perbuatan lampau anak gadisnya sewaktu dahulu.

Menurut laporan mStar, ibu pelakon tersebut turut berasa sedih dan kecewa berikutan perbuatan warganet yang menggunakan gambar Haneesya Hanee semata-mata untuk memperlihatkan persamaan kulit anaknya dengan bubble tea.

Jelas wanita itu juga, tindakan yang diperjuangkan oleh mereka berdua kali ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghentikan perbuatan tersebut sekaligus memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

Setiap yang baik dan buruk datang daripada Allah SWT. Kita sebagai manusia tidak layak menghina seseorang hanya kerana perbezaan yang dimiliki olehnya. Oleh itu, hentikan ejekan dan hinaan sebelum memudaratkan kehidupan sendiri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca