Generasi kini selalu menganggap lawak lucah itu menghiburkan dan biasa seperti seorang lelaki yang mencoret fasal kemaluan wanita di laman Twitter miliknya.
Lelaki itu tanpa segan silu memuat naik gambar yang meaparkan tiga potong ikan dengan setiap satu menunjukkan jumlah harga.
Lucahnya tweet tersebut apabila lubang di bahagian ikan itu merujuk kepada kemaluan perempuan dan harga tersebut melambangkan jumlah hantaran yang perlu lelaki bayar.
Tweet itu menjelaskan bahawa perempuan yang meminta hantaran tinggi sebenarnya tidaklah ‘suci’ mana sebaliknya perempuan yang meletakkan hantaran rendahlah yang jauh lebih baik.
Ada betul juga. #ytjt pic.twitter.com/QLo6ksAu6l
— 70E (@benygtersakiti_) October 28, 2019
Walaupun tweet itu mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan 1,500 tanda suka, rata-rata warganet mengecam tindakan pemuda itu.
Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut telah tweet sekali lagi mengenai isu berkenaan dan menambahkan lagi kemarahan warganet.
Tindakan biadap lelaki itu akhirnya dibidas oleh seorang pengguna Twitter lain.
Saiz miss V ni bukan ikut berapa kali pernah main and miss V ni adalah organ yg sangat elastik. Bole mengecil untuk cover tampon, and bole mengembang untuk keluarkan baby. So yeahh twit lucah kau ni tak valid. + nampak kau tu bodoh https://t.co/OMDd0fRE3Q
— Baby Don 👶🏽 (@AbangDon_) October 29, 2019
Lelaki ini benar-benar tidak menghormati wanita apabila membandingkan dan meletakkan nilai seorang wanita serendah itu.
Benarkah wanita itu harganya terletak pada hantaran semata atau seperti apa yang lelaki ini katakan?