Sama Harga Dengan Sebuah Myvi, Tudung Bawal Hitam Ini Bernilai RM50,000

Tudung paling mahal di dunia yang berharga RM50,000 telah sah menjadi hak milik seorang ahli perniagaan wanita dari Kuantan, Pahang.

Tudung bawal hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski itu dipercayai dihasilkan sepenuhnya di Austria. Masa yang diambil untuk menyiapkan tudung tersebut adalah lebih kurang 3 bulan.

Memetik kenyataan Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menerusi Berita Harian, lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang digunakan untuk perhiasan tudung ini.

“Harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya,” katanya lagi.

Rekaan tudung ini diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’ di mana ia dikatakan sesuai dengan personaliti pemiliknya untuk digayakan pada sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pada tahun lalu, rekod tudung paling mahal di dunia dihasilkan oleh pemilik yang sama. Ia dijual pada harga RM33,000.

Rata-rata warganet melontarkan pandangan masing-masing tentang tudung itu dan ada yang berpendapat bahawa harga bawal itu menyamai sebuah kereta Perodua Myvi.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang tumpang berbangga kerana ada wanita tempatan yang mampu membeli sesuatu barangan yang dianggap ‘remeh’ dengan harga yang tidak tercapai dek akal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca