Seorang remaja lelaki telah ditembak mati oleh pemilik rumah apabila dia tersilap menekan loceng rumah untuk mengambil adik kembarnya.
Ralph Yarl yang baru berusia 16 tahun ditembak dua kali di mana satu di kepala dan kali kedua selepas mangsa jatuh rebah.

Difahamkan bahawa ibu bapa Ralph meminta untuk mengambil adiknya. Namun disebabkan memasuki kawasan kejiranan yang salah, Ralph ditembak dengan sengaja oleh individu tersebut.
Indentiti suspek belum dikenal pasti. Walau bagaimanapun peguam hak asasi manusia yakin bahawa suspek merupakan individu berkulit putih.
Kes ini dianggap mempunyai kaitan dengan isi perkauman.

Polis Missouri di Amerika Syarikat menerima laporan tembakan itu pada 13 April dan sampai sahaja di sana mendapati remaja lelaki itu sudah terbaring di luar kediaman.
Peguam Daerah Clay, Zachary Thompson sedang bekerjasama dengan polis untuk menilai kes ini dan menentukan sama ada suspek yang menembak Ralph akan dijatuhkan hukuman.

Ralph sedang dirawat di hospital. Menerusi makluman dari pihak polis, Ralph mengalami kecederaan yang boleh mengancam nyawa tetapi kini berada dalam keadaan stabil.
Kejadian ini mendapat perhatian ramai terutama dengan kalangan golongan kulit hitam dan berharap mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: