Salah Seorang Pencipta Doraemon Sudah Tiada, Fujiko Fujio A Disahkan Meninggal Dunia

Fujiko Fujio A kartunis terkenal di Jepun dengan karya seperti Ninja Hattori dan Little Ghost Q-Taro disahkan telah meninggal dunia pada hari Khamis di usia 88 tahun.

Menurut laporan dari stesen penyiar Jepun seperti TBS dan beberapa laporan media yang lain mendapati Fujiko Fujio A atau nama sebenarnya Motoo Abiko ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya yang terletak di Kawasaki, Tokyo.

Namun begitu pihak polis enggan mengulas lebih lanjut tentang laporan tersebut kepada AFP tetapi hanya menyatakan Fujiko Fujio A tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka yang mencurigakan.

Perkara ini membuatkan ramai artis yang berada dalam industri penerbitan telah memberi penghormatan terakhir kepada Fujiko Fujio A menerusi ciapan Twitter.

Pada permulaan kerjayanya Fujiko Fujio A berkolaborasi dengan Fujiko F. Fujio atau nama sebenarnya ialah Hiroshi Fujimoto dalam menceburi bidang kartunis. Mereka juga telah berkenalan dari sekolah menengah lagi

Sejak daripada itu mereka berdua telah bergabung sebagai duo kartunis dan menggunakan nama Fujiko Fujio dari tahun 1951. Fujiko Fujio A pernah terlibat dengan penghasilan siri komik Doraemon bersama dengan Fujiko F. Fujio.

Siri komik Doraemon menjadi sangat terkenal dan digemari sehingga ke hari ini. Pastinya pemergian Fujiko Fujio A akan dirindui oleh semua peminat komik dan animasi Jepun di seluruh negara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca