Salah Satu Kebaikan Adanya Seorang Suhaimi Saad Di Malaysia

“Doktor ada empat orang pesakit mahu catch up immunization (memberikan perlindungan optimum terhadap penyakit secepat mungkin dengan melengkapkan vaksin yang disyorkan untuk seseorang). Dulu mamanya anti-vaccer tegar. Tapi, sekarang dia sudah mahu vaccine anak-anaknya.”

Selalu staff nurse yang vaccinate, but I was naturally curious, kenapa parents yang anti-vaccer tiba-tiba berubah hati nak vaccine empat orang anak dia. I approached the mother, she was surprisingly very friendly and chatty.

“Macam mana puan tiba-tiba dapat ilham nak vaccine kan anak-anak puan ni?”

“Doktor kenal Suhaimi Saad?”

“Oh him, kenapa dengan dia?”

“Dia ahli nasyid zaman dulu. Lately dia start merapu tentang bumi rata, matahari sama besar dengan bulan, dah dia tak hantar anak-anak pergi ke sekolah. Dalam hati saya rasa geram sangat, bodohnya dia ni. Tapi, tengok-tengok dia sama anti-vaccer macam saya. Tak mahu saya sama-sama bodoh dengan dia. Saya taubat doktor. Silalah Vaccine anak-anak saya.”

“Baiklah, more than happy to do it.”

Mungkinkah ini yang dikatakan God works in mysterious ways. Apa pun alhamdullilah. Hopefully, mereka yang anti-vaccer dapat kesedaran tentang perkara ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca