Setelah cemerlang dengan filem ‘Shazam’, trailer filem watak jahat DC Comics, ‘Joker’ telah dikeluarkan secara rasminya oleh Warner Bros. Poster rasmi ‘Joker’ juga telah dikeluarkan, membuatkan peminat watak jahat dengan solekan tebal itu bertambah teruja.

Filem Joker yang berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80-an dan ia mengisahkan tentang pengenalan awal karakter Joker watak penjahat yang paling terkenal komik DC.

Menerusi trailer berdurasi hampir dua minit itu, sosok Joker dibawakan penuh emosi dengan jayanya oleh Joaquin Pheonix. Terdahulu watak Joker pernah muncul di dalam empat filem DC iaitu ‘Batman’ (1966), ‘Batman’ (1989), ‘The Dark Knight’ (2008) dan ‘Suicide Squad’ (2016).

Antara nama-nama yang pernah melakonkan watak Joker adalah Cesar Romero, Jack Nicholson, Heath Ledger dan Jared Leto.

Filem ini juga turut dibintangi Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron. Joker kini dalam pengambaran di New York dan Warner Bros. serta DC Entertainment telah menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.

Jom kita tonton trailer pertama ini.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda