Berita baik untuk para peminat bola sepak tanah air, anda boleh menyaksikan perlawanan bola sepak dengan laman mobile web baharu iflix. Para peminat hanya perlu layari m.iflix.com/bola dilaman carian dan terus menonton perlawanan siaran langsung secara PERCUMA, di mana-mana sahaja tanpa perlu muat turun atau mendaftar masuk.
Bermula 1 Februari 2019 peminat bola sepak seluruh negara akan mendapat akses percuma kepada lebih daripada 200 perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia di laman mikro iflix mobile web. Anda hanya perlukan peranti dan internet untuk mengakses ribuan jam program bola sepak yang disediakan.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran iflix, Jason Monteiro. “Laman mikro mobile web kami yang baharu ini direka khas buat peminat bola sepak Malaysia. Kami ingin memulangkan sukan kegemaran Malaysia kepada semua secara percuma. Selain itu, kami juga ingin menyiarkan sukan ini dengan lebih menyeluruh ke serata tanah air. Ini adalah langkah besar bagi iflix dalam misi mendemokrasikan sukan bola sepak Malaysia dan membawa para peminat lebih dekat dengan perlawanan.”
iflix mendapat hak penyiaran eksklusif pengstriman atas talian bagi perlawan MFL untuk tempoh 10 tahun dengan usaha sama pihak Liga Bola Sepak Malaysia bermula Januari tahun lepas. Sejak itu, iflix telah menyiarkan perlawanan-perlawanan merangkumi kejohanan gergasi seperti Piala Sumbangsih, unifi Liga Super, Shopee Piala FA, Piala Challenge Malaysia edisi pertama, unifi Piala Malaysia serta lebih 800 episod siaran ulangan, sorotan perlawanan dan kandungan pendek iflix Originals di channel Football Malaysia on iflix, boleh didapati di iflixFREE dan iflixVIP, melalui aplikasi mobile web dan laman mikro iflix.
iflix juga berbangga untuk mengumumkan kerjasama dengan Twitter, bagi merevolusikan akses peminat bola sepak di Asia Tenggara. Buat kali pertama di Malaysia, peminat akan menyaksikan integrasi digital dan inovasi dalam sukan. Dengan kolaborasi ini, iflix dan Twitter menggabungkan teknologi aliran langsung dan ulasan media sosial untuk melibatkan peminat bola sepak.
Sepanjang musim bola sepak ini, yang bermula dengan kick-off pertama pada 1 Februari, peminat bola sepak di Asia Tenggara akan mempunyai akses langsung kepada lebih daripada 200 perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia pada semua alat peranti yang mempunyai akses Twitter menggunakan iflix Webview Player terbaru, tanpa muat turun, pendaftaran dan login.
Dengan akaun Twitter, peminat dapat mengambil bahagian dalam ulasan semasa, permainan interaktif dan memaparkan undian melalui hashtags dalam setiap perlawanan. Selain daripada perlawanan secara langsung, iflix akan menyediakan highlights, klip, dan wawancara, melalui Twitter Moments sebagai alat komuniti bola sepak.
Selain daripada itu, iflix juga turut bekerjasama dengan portal bola sepak Semuanya Bola dan Goal.com untuk membawa perlawanan secara langsung kepada peminat dengan mengintegrasikan perkhidmatan aliran secara langsung iflix. Portal Semuanya Bola antara portal yang sentiasa memberikan informasi terkini tentang bola sepak Malaysia dan luar negara.

iflix Kini boleh diakses oleh lebih satu billion pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. iflix telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penstriman video. Menawarkan pengguna dengan senarai tontonan yang pelbagai dari Hollywood, rancangan TV dan filem tempatan, tayangan ekslusif serta program-program yang memenangi anugerah, setiap langganan boleh diakses hingga 5 peranti yang berlainan termasuklah telefon bimbit, komputer, tablet dan set televisyen untuk distrim pada bila-bila masa, di mana sahaja secara serentak.
Bagaimanapun buat masa ini, tontonan tanpa pendaftaran ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android dan laman web sahaja. iflix sedang berusaha membawakan versi ini ke pengguna iOS dalam masa terdekat.
Kepada peminat bola sepak selamat menikmati peluang hebat ini.
Sumber: iflix