Saksikan Kemunculan Fenomena Supermoon Terakhir Tahun Ini Jam 7.18 Malam Nanti

Pastikan anda semua bersiap sedia untuk menantikan kemunculan fenomena bulan purnama gergasi atau sering kali disebut sebagai Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun ini.

Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka bakal muncul hari ini pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala.

Memetik kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dilihat bermula Selasa sehingga Jumaat, 8 Mei.

Worm Moon

Pada bulan Mac lalu, seluruh dunia telah pun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm Moon dan diikuti dengan Pink Moon pada bulan April. Untuk pengetahuan semua, perbezaan Super Flower Moon ini berbanding yang lain ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.

Menurut laporan Astro Awani, Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon).

Super Flower Moon ini turut dikenali sebagai Bulan Festival Wesak sempena dengan kelahiran Gautama Buddha serta permulaan musim bunga yang subur.

Untuk rekod, istilah ‘Supermoon’ sebenarnya berasal daripada seorang pakar astrologi iaitu Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baharu atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee di mana ia merupakan titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.

Fenomena ini berlaku setiap kali bulan mendekati bumi pada jarak kira-kira 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan jauh lebih besar dan terang daripada biasa.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca