Sakit Hati Kerana Sering Dimarahi, Wanita Ini Bunuh Ibu Mertua Dengan Racun Biawak

Seorang wanita meracuni ibu mertuanya sehingga meninggal dunia gara-gara tidak tahan lagi dimarahi ibu mertuanya itu di Desa Lebung Itam, Indonesia.

Menurut laporan media, wanita tersebut meracuni ibu mertuanya dengan mencampurkan racun biawak ke dalam ikan yang dimasak khas untuk ibu mertuanya yang berumur 61 tahun.

Bukan sahaja ibu mertuanya yang menemui ajal malah tiga ekor kucing milik mangsa itu turut ditemui mati dengan kesan mulut berbuih.

Suspek berusia 45 tahun itu difahamkan tinggal serumah dengan mangsa dan mereka seringkali bergaduh.

Ketika ditahan pihak polis, beliau mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Sumber: Tribun News

“Setelah ditanya, ternyata pelakunya Dewi Asmara mengaku yang beliau telah menambahkan sebanyak sesudu racun biawak ke dalam makanan ibu mertuanya,” kata Ketua Polis Ogan Komering Ilir, AKBP Alamsyah Pelupessy.

Suspek kini bakal menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun atau hukuman mati yang diperuntukkan di dalam artikel 340 KUHP bagi pembunuhan yang dirancang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca