Sajat Didakwa Mahu Keluar Agama, Ini Respons PU Syed

Baru-baru ini, nama Sajat kembali menjadi bualan ramai selepas tular video yang memaparkan usahawan kosmetik tersebut seolah-olah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam.

Memetik laporan Harian Metro, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam video berdurasi 1 minit dan 48 saat itu.

“Saya baca, tidak salah kita buat research tentang agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Selepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan kenyataan itu, saya sudah malas nak fikir. Saya cakap ini bukan kerana mahu mengugut.

Secara sumpah demi nama saya dan ibu bapa, saya sudah tidak mahu menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tidak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya mahu keluar daripada Islam. Saya tidak main-main, saya cakap betul.

Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam. Dengan benda seperti ini, mereka ingat boleh memberikan iktibar kepada saya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Saya lahir pun dalam Islam dan ikut serta buat sahaja semua yang diajar oleh ibu. Rupa-rupanya, tak tahulah,” katanya. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan tarikh sebenar video tersebut dimuat naik ke media sosial.

Sumber: Instagram @_pusyed

Selepas video tersebut tular, ia kemudiannya mencuri perhatian ramai termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang turut tampil memberikan nasihat kepada Sajat.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, PU Syed mempersoalkan Sajat seperti menyalahkan pihak lain yang seolah-olah menjadi punca dia berbuat demikian.

PU Syed berkata Sajat tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu yang semakin hanyut dengan kemewahan dunia.

“Encik Sajat mahu murtad, salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau mahu menyalahkan warganet yang kecam perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?

Saya rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki dan dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.

Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Encik Sajat tetapi ia menambah parah dalam diri sendiri. Kembalilah kepada fitrah asal dan bertaubat kepada Allah. Allah SWT Maha Menerima Taubat,” ujar PU Syed.

Sumber: Instagram @_pusyed

Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca