Saiz Kelawar Seperti Manusia, Gambar Tular Ini Bikin Warganet Terkejut

Kelawar menjadi bualan yang paling hangat dan mendapat gelaran haiwan yang paling bahaya akibat munculnya beberapa virus yang menyebabkan kematian seperti SARS, MERS dan terkini COVID-19. Bila sebut sahaja perkataan ‘kelawar’, ia cukup untuk memberi mimpi buruk kepada ramai orang.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna laman Twitter dari Filipina berkongsi dua keping gambar yang menunjukkan seekor kelawar gergasi bersaiz manusia sedang tergantung di halaman rumah.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 100,000 retweets dan ribuan komen daripada warganet yang rata-rata tidak mengetahui kewujudan mamalia itu.

Kelawar itu sebenarnya daripada spesies giant golden crowned flying fox dan menurut salah seorang pengguna Twitter, badan kelawar tersebut sama dengan saiz seekor anjing dan lebar sayap dapat memanjang sehingga sekitar lima kaki.

Walaupun saiznya yang besar berbanding kelawar yang lain, kelawar ini tidak mengancam kehidupan manusia memandangkan mereka hanya makan buah-buahan seperti buah jambu dan sifatnya yang lemah lembut.

Dalam perkongsian yang sama dia mengatakan tidak semua kelawar spesies ini bersaiz gergasi, ada yang lebih kecil dan tergantung di sekitar pokok dan kadang-kadang dibawah atap rumah. Kelawar seperti dalam gambar ini biasanya jarang dijumpai memandangkan mereka bergantung pada pokok yang lebih tinggi.

Giant cowned flying fox ini juga dikenali oleh rakyat sebagai fox with wing yang berasal dari Filipina dan merupakan antara spesies yang terancam akibat daripada penebangan hutan dan pemburuan haram.

Untuk baca lebih banyak artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca