Saintis China Yakin Vaksin Keluarannya Berkesan Untuk Rawat COVID-19

Para saintis di China berasa yakin vaksin yang mereka bangunkan itu 99 peratus berkesan untuk merawat COVID-19.

Vaksin itu dibangunkan oleh firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing.

Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.

“Ini adalah vaksin COVID-19 yang sedang kami bangunkan dan inilah yang kami sebut sebagai jarum suntikan yang sudah diisi sebelumnya.

Jadi apabila orang menggunakannya, ia lebih mudah dan ini sangat termaju,” kata jurucakap firma itu dalam temu bual bersama Sky News.

Firma itu juga mengesahkan sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan percubaan fasa ketiga yang terakhir di United Kingdom.

Selain itu, Sinovac juga sedang membangunkan kilang komersial di bahagian lain di Beijing. Ini bertujuan untuk menghasilkan 100 juta dos apabila vaksin mendapat persetujuan akhir untuk proses pengedaran secara besar-besaran.

Bagaimanapun firma itu tidak mengesyorkan pengedaran kepada seluruh penduduk, sebaliknya memberi tumpuan kepada pekerja kesihatan dan warga tua yang menjadi penerima vaksin pertama.

“Cadangan kami, vaksin itu tidak diberi kepada semua penduduk. Kami menyasarkan kumpulan berisiko tinggi, misalnya pekerja kesihatan atau warga emas,” kata jurucakap firma itu.

Walaupun bagaimanapun, vaksin tersebut tidak akan siap berbulan lagi kerana percubaan fasa dua berlangsung selama beberapa bulan sebelum memasuki fasa ketiga dan kemungkinan persetujuan peraturan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca