Sahut Saranan Kerajaan Untuk #DudukRumah, Tindakan Orang Asli Tutup Jalan Utama Kampung Raih Pujian Warganet

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan dari hari ke hari. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan selama dua minggu bermula 17 Mac sehingga 31 Mac ini. Menurut Perdana Menteri, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rantaian jangkitan COVID-19 tidak dapat diputuskan.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang langsung tidak mengendahkan perintah kerajaan dan tetap keluar rumah tanpa sebarang rasa bersalah dalam detik yang sukar ini. Tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai memandangkan wabak COVID-19 kini makin menular.

Dalam pada itu, terdapat satu perkongsian di laman sosial Facebook yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat di mana sebuah perkampungan orang asli di Kota Tinggi, Johor menyahut saranan kerajaan untuk duduk rumah dengan mengambil inisiatif menutup jalan utama kampung tersebut.

Perkongsian itu telah berjaya mencuri perhatian warganet. Rata-rata yang melihat hantaran itu memuji tindakan penduduk kampung tersebut dalam membantu kerajaan dan negara membendung wabak COVID-19 yang kian membimbangkan.

Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada pengguna Facebook:

Syabas diucapkan kepada seluruh penduduk di kampung tersebut kerana patuh dengan perintah kerajaan. Diharapkan agar orang ramai juga dapat menyahut saranan kerajaan untuk duduk di rumah dan tidak merayau tanpa sebarang tujuan penting.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca