Sah Tidak Halal, Gula-Gula Kegemaran Ramai Ini Mengandungi Gelatin Babi

Sebut sahaja gula-gula White Rabbit, pasti mereka yang lahir pada tahun 90-an ingat dan pernah memakannya.

Beberapa bulan yang lalu, status halal produk ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Kini, pihak kementetian telah tampil dengan keputusan muktamad berkenaan status gula-gula tersebut.

Menerusi laporan TV Al- Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Fuziah Salleh mengesahkan bahawa gula-gula itu mengandungi gelatin yang tidak halal.

Menurutnya, beberapa siri ujian makmal telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membuktikan status halal produk tersebut.

“Saya telah pun mendapat maklum balas daripada pihak JAKIM.”

“Ujian mendapati terdapat gelatin daripada sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin daripada sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal,” katanya.

Pengguna khususnya yang beragama Islam dinasihatkan supaya memastikan tanda halal sebelum membeli apa jua produk.

“Ini tanggungjawab pengguna. Bagi pihak JAKIM pula saya telah meminta mereka menulis surat kepada beberapa kementerian untuk siasatan lanjut kerana produk ini tidak menulis gelatin jenis apa.”

“Kandungan yang tidak jelas ini mengelirukan pengguna,” katanya.

Sumber:
Astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca