Sah! Rangka Dalam Tangki Air Ini Milik Penuntut UiTM

Tidak sangka rangka yang dijumpai terapung di dalam tangki air Mac lalu di Felda Palong 12, Jempol disahkan adalah milik pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Pahang.

Media sebelum ini melaporkan pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22 tahun hilang sejak 9 Julai 2018 selepas keluar dari rumah dengan menunggang motosikal untuk ke kedai berhampiran.

Menurut Ketua Polis Jempol iaitu Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka berkenaan, rangka itu disahkan milik mangsa.

“Keputusan itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa. Ujian DNA memerlukan masa berikutan rangka yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dipercayai sudah berada lama dalam tangki air,” katanya.

Manakala sebuah motosikal yang ditemui berhampiran tangki air tersebut juga disahkan milik mangsa.

Pihak Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) dan rangka mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

Seperti yang dilaporkan oleh https://www.apakes.com/selama-ni-minum-air-mayat-gangguan-bekalan-air-rupanya-ada-jasad-dalam-tangki/ ini bermakna, penduduk Felda Palong 12 telah meminum air mayat selama 8 bulan!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca