Dikala penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19) masih belum bertitik nokhtah, di negeri Sabah pula, satu kes terbaharu Polio pula dilaporkan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berstatus bukan warganegara Malaysia.
Berita tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia usai kes terbabit disahkan oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia pada 5 Mac 2020.
#Polio Terdapat satu lagi kes polio di Sabah melibatkan kanak-kanak bukan warganegara berumur tiga tahun di Sandakan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 10, 2020
Ini menjadikan 4 kes polio di Sabah sehingga 8 Mac 2020.
Selain #COVID19, penyakit polio juga semakin bertambah di negara kita dan perlu diambil perhatian. pic.twitter.com/HWvfXUFMqJ
Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Polio di Malaysia kepada empat orang. Difahamkan, tiga daripada empat pesakit merupakan bukan warganegara yang tidak pernah menerima vaksin Polio.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa terbaharu ini mula menunjukkan simptom lemah kaki semenjak 18 Januari lalu dan kini sudah dirawat di hospital di mana kondisinya dilaporkan stabil.
Memetik petikan infografik dari laman sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polio adalah penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Secara lazimnya, ia merebak melalui fekal iaitu najis atau oral serta menerusi makanan dan air yang tercemar.
Satu kes baru penyakit Polio dikesan di Sabah menjadikan empat kes polio di Sabah.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 10, 2020
Apa itu penyakit Polio? pic.twitter.com/jYLnSIGOYq
Meskipun begitu, penyakit ini boleh dicegah melalui pemberian imunisasi secara suntikan sebanyak empat dos secara kombinasi bersama vaksin Difteria, Pertussis, Tetanus dan Haemophilus Influenza B kepada kanak-kanak berusia dua tahun, tiga tahun, lima tahun dan 18 bulan.
Untuk membaca artikel lain mengenai virus Polio, sila klik pada pautan di bawah: