Rusia Umum Berjaya Hasilkan Vaksin COVID-19 Pertama Di Dunia

Rusia mendakwa telah berjaya menghasilkan vaksin pertama di dunia yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin tersebut.

Sumber: Reuters

“Pagi tadi, buat pertama kalinya di dunia, satu vaksin merawat COVID-19 didaftarkan di Rusia,” kata Putin.

“Salah seorang anak perempuan saya sudah menerima vaksin tersebut. Dia juga terlibat dalam eksperimen itu,” jelas beliau.

Memetik laporan Astro Awani, Putin mengatakan bahawa pendaftaran oleh kerajaan Rusia itu menjadikan negara tersebut yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin COVID-19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan dengan ujian fasa ketiga akan dimulakan tidak lama lagi.

Pada akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Rusia dan dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.

Sumber: France 24

Vaksin berkenaan dikatakan didaftar pada awal bulan ini. Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko memberitahu media tempatan bahawa ujian klinikal bagi vaksin itu sudah pun selesai.

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang Dr. Anthony Fauci selaku penasihat COVID-19 di White House di mana beliau menyatakan bahawa kemungkinan para saintis untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang berkesan dan mampu memberikan perlindungan sehingga 98 peratus adalah sangat tipis.

Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca