Setiap kali stres pasti akan cari kopi untuk diminum dan tenangkan diri. Untuk pengetahuan para pembaca kopi bukan sahaja boleh mengurangkan stres tapi terbaik ia juga baik untuk kecantikan wajah dan tubuh badan.
Biji kopi bukan sahaja boleh dijadikan minuman tetapi sangat berguna untuk menjaga kecantikan kulit. Kaya dengan sumber antioksida, kopi boleh membantu untuk proses eksfoliasi kulit secara semula jadi. Jika diamalkan dengan konsisten kopi juga dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati sehingga menjadikan kulit lebih berseri dan bermaya.
Skrub Untuk Wajah
Setiap wanita perlu melakukan eksfoliasi kulit dan proses eksfoliasi kulit yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang natural. Skrub kopi boleh membantu menyingkirkan segala sel kulit mati untuk membenarkan pertumbuhan semula jadi sel kulit baharu. Pertumbuhan sel kulit baharu ini memberi efek kulit segar dan bermaya.
Menghilangkan Selulit.
Apabila tubuh mengalami perubahan berat badan yang mendadak terutama selepas bersalin, secara tidak langsung kulit akan menjadi selulit. Selulit ini sukar untuk disingkirkan hanya dengan memakai losen atau krim pelembap. Khasiat yang terdapat dalam kopi dapat membantu menyingkirkan selulit dengan bantuan manfaat minyak kelapa dalam ramuan skrub tersebut.
Skrub Untuk Tubuh Badan
Kandungan kafein yang terdapat dalam kopi dapat membantu menyingkirkan lebihan minyak yang tidak diingini pada kulit tubuh dan meninggalkan kulit yang lebih sempurna. Tekstur kasar yang terdapat pada kopi pula berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati yang berada di atas kulit lantas membenarkan pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih segar.
Kopi Skrub boleh juga dilakukan dengan sendiri. Hanya perlu beli biji kopi kemudian hiriskan tidak perlu terlalu halus,selesai. Tetapi anda boleh juga untuk campurkan kopi tersebut dengan gula perang atau susu untuk jadikan masker.
Selamat mencuba!