Running Man Versi Indonesia Bakal Temui Penonton Pada Tahun Hadapan

Sebut sahaja Running Man, pasti majoriti pembaca di sini tahu dan pernah menonton rancangan realiti Korea Selatan yang cukup popular itu. Sudah bersiaran selama kira-kira 10 tahun, Running Man masih lagi utuh berdiri dalam industri hiburan.

Terbaharu, penerbit program komedi itu iaitu SBS telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangi perjanjian untuk memperkenalkan Running Man versi Indonesia.

Difahamkan, ia dijangka bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2020 di penyiar utama negara tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, idea tersebut direalisasikan susulan kejayaan penerbitan Running Man versi Vietnam yang mula ditayangkan pada April.

Untuk rekod, Indonesia adalah negara ketiga selepas Vietnam dan China yang mempunyai Running Man versi mereka sendiri.

Memandangkan Indonesia merupakan sebuah negara yang cukup terkenal di Asia Tenggara, ia dijangka mampu mengukuhkan lagi pasaran Running Man di rantau ini.

Terdahulu, SBS mengumumkan kerjasama bersama syarikat konglomerat Sinar Mas Group menerusi FCL.

Menurut laporan media tempatan, versi itu juga turut menekankan pengisian berbentuk perniagaan perdagangan bersama syarikat e-dagang terbesar Indonesia iaitu Tokopedia.

Running Man sebelum ini pernah menerima kritikan hebat daripada penonton di mana ada segelintir yang mengatakan siri itu makin hambar. Salah seorang ahli Running Man iaitu Haha kemudiannya tampil mendedahkan derita sebenar mereka. Untuk baca kenyataan Haha, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca