G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young dikhabarkan telah membeli salah satu rumah yang termahal di Korea Selatan secara bayaran tunai.
Menurut mahkamah berdaftar, G-Dragon membeli rumah seluas 2,624 kaki persegi (224 meter) yang terletak di kawasan Hannam-don, Yonsan-Gu, Seoul, Korea Selatan pada akhir bulan Mac tahun ini.

Malah jualan rumah itu telah menetapkan jualan paling tertinggi pada tahun 2022 dengan harga KRW16.4 bilion atau lebih kurang RM57 juta.

Rumah tersebut terkenal dengan nama Nine One Hannam mendapat tempat kedua sebagai kompleks rumah elit yang termahal selepas rumah elit di Cheongdam.
Malah perkara ini menjadi bualan hangat dengan peminat artis Korea kerana ketua dari kumpulan Big Bang itu telah membayar keseluruhan harga tersebut dengan secara tunai.

Lebih menarik lagi, G-Dragon juga telah menandatangani kontrak transaksi untuk 6 buah isi rumah yang lain dengan jumlah yang sama.
Seperti yang sedia maklum, G-Dragon merupakan artis yang memilki hak cipta lagu terbanyak berbanding dengan artis kumpulan K-Pop yang lain.

Bukan itu sahaja, artis tersebut adalah duta jenama untuk barang ternama sehingga jenama pakaiannya PEACEMINUSONE pernah berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka iaitu Nike.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: