Rumah Terbakar Gara-Gara ‘Hack’ Masak Stik Guna Pembakar Roti

rumah terbakar gara-gara hack masak stik

Ramai orang gemar mencuba hack atau tips untuk memudahkan urusan seharian tetapi tidak semua selamat untuk dipraktikkan. Begitu juga dengan satu kejadian rumah terbakar di New Zealand akibat hack memasak stik menggunakan pembakar roti.

Menurut laporan Daily Star, seorang lelaki cuba memasak daging menggunakan pembakar roti dan kemudian membiarkannya masak tanpa dijaga.

Beliau dilaporkan keluar rumah dan pergi ke kedai untuk membeli makanan sampingan untuk dimakan bersama stiknya itu nanti.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut pulang dan mendapati sebahagian daripada rumah terbakar dengan api marak merosakkan harta perkongsian beliau dan pasangannya.

Akibat insiden berkenaan, lelaki tersebut mengalami kerugian yang besar dan menggesa syarikat insurans membayar pampasan maksimum untuk membolehkan dia membaiki rumahnya.

Beliau didapati telah menerima pampasan sebanyak NZ$418,000 (RM1.2 juta) iaitu jumlah maksimum mengikut polisi insurans yang diambilnya.

Namun, lelaki berkenaan tidak puas hati dengan jumlah yang diterima dan meminta syarikat insurans menambah lagi NZ$200,000 (RM583,825). 

Malang baginya kerana syarat polisinya telah berubah dan tidak lagi meliputi penggantian kerosakkan, sebaliknya hanya jumlah yang diinsuranskan.

Setelah permintaannya ditolak, syarikat insurans mengatakan bahawa mereka telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu lelaki tersebut.

Wakil dari pihak insurans berkenaan mengatakan bahawa adalah penting bagi orang ramai  untuk memahami sepenuhnya syarat perjanjian insurans mereka.

“Setiap tahun, mereka yang mempunyai polisi insurans akan menerima tawaran pembaharuan yang dapat mengubah polisi yang ditandatangani.

Saya ingin menekankan kepentinggan bagi membaca setiap surat pembaharuan dengan teliti. 

Kebanyakan syarikat insurans kini menawarkan jumlah keseluruhan insurans, bermaksud rumah anda diinsuranskan dengan bayaran yang telah ditetapkan.” ujarnya kepada Daily Star.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca