Rumah Tangga Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Temui Titik Noktah

Pelakon tersohor Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan personaliti terkenal dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah rasmi meletakkan titik noktah buat rumah tangga mereka.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik,” kata Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra disapa Bella sekali gus mengesahkan desas-desus rumah tangganya yang berantakan sebelum ini.

Bella mengakui bahawa dia sudah lama berusaha untuk mempertahankan mahligai yang dibina bersama dengan Engku Emran. 

Walau bagaimanapun, tegas pelakon terkenal ini, takdir menentukan hal yang sebaliknya buat dia dan Engku Emran.

“Sudah pelbagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Sudah segala proses kami lalui dan saat ini sudah selesai,” dedah Bella lagi seperti yang dilaporkan media Indonesia.

Sepanjang dua tahun bergelar isteri kepada Engku Emran, Bella mengakui bahawa banyak kenangan yang tersimpan kemas dalam kotak fikirannya.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.

InsyaAllah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini, boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk saya menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,” jelas Bella lagi.

Dengan pendedahan yang dibuat ini, Bella berharap pertanyaan semua pihak kini terjawab.

“Saya harap mudah-mudahan dengan adanya penjelasan saya saat ini, mampu menjawab semua pertanyaan teman-teman media. 

Saya mohon maaf kalau ada kata-kata saya yang kurang berkenan atau sikap saya yang kurang berkenan. Saya perlukan sokongan daripada teman-teman semua. Mohon doa buat kami,” kata Bella lagi.

Untuk rekod, Bella dan Engku Emran disatukan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti ternama Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan dunia hiburan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca