Badan Dan Rambut Lelaki Ini ‘Dijilat’ Api, Jiran Sekeliling Hanya Sibuk Ambil Gambar

Sebuah rumah di tingkat 20 Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, Georgetown meletup semalam.

Dewi, penduduk pangsapuri itu yang tinggal di tingkat 21 menceritakan dia yang sedang menonton televisyen ketika itu sangat terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan segera meninjau ke luar rumah.

“Saya dengar letupan kuat dan nampak jiran keluar rumah dalam keadaan rambut serta badannya terbakar.”

“Ketika itu, saya hanya mampu menjerit supaya ada yang membantu memadam api pada jiran kerana ramai yang lebih sibuk merakam gambarnya,” kata Dewi.

Kemalangan itu terjadi pada pukul kira-kira 8 pagi itu menyebabkan Lee Kok Eang, 62, melecur 80 peratus di badan manakala anak lelaki, menantu dan cucunya tidak mengalami kecederaan selepas berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran gas.

Anak mangsa, Lee Chye Soon, 38, menerangkan bahawa dia, isteri dan anaknya sedang tidur di dalam bilik ketika kejadian manakala bapanya pula berada di ruang tamu.

“Saya dengar bunyi letupan kuat dan sebaik keluar melihat bapa cedera dengan pemetik api dan rokok berada berhampirannya.”

“Memang ada bau gas yang kuat dan saya kemudian terus mencabut kepala hos yang menyambung pada gas. Bapa pula segera dihantar ke hospital,” katanya.

Chye Soon yang tinggal bersama dengan bapanya sejak 15 tahun bersyukur kerana isterinya yag kini hamil tujuh bulan tidak cedera.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca