Rumah Kita Selamatkan Remaja Perempuan

Hamil luar nikah. Bagi sesetengah orang pasti melihat kesalahan yang pernah dilakukan remaja perempuan itu dengan pandangan negatif, malah ada yang terus menjatuhkan ‘hukuman mati’.

Namun, itu tidak berlaku di Rumah Kita. Di rumah ini, mereka menganggap remaja terbabit sebagai hamba Allah yang perlu dibimbing dan dicorak semula menjadi insan yang lebih baik.  Rumah kita telah ditubuhkan hampir dua tahun oleh pengasasnya Vimmy Yasmine Abd Razak.

 

Beliau sememangnya sudah lama terbabit dalam program kebajikan membabitkan remaja bermasalah bersesuaian dengan peranannya sebagai ahli Lembaga Pelawat rumah perlindungan gadis dan wanita bawah 18 tahun, Rumah Juvana.

Di Rumah Kita, mereka bukan saja diberi sokongan selepas bersalin, malah mereka diberi waktu sehingga mereka betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal. Penghuni diajar untuk  pergi klinik dan hospital sendiri untuk melatih mereka menghadapi masyarakat dan berdikari. Beliau turut beri tunjuk ajar semasa peringkat awal bersalin sehingga mereka mampu untuk lakukan sendiri.

Beliau turut berharap agar ibu bapa memberi sokongan dan tidak menghukum anak-anak mereka atas kesilapan yang mereka telah lakukan.

Penulis berharap kepada remaja diluar sana yang telah terlanjur jangan berasa bimbang dan takut untuk tampil kehadapan.

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca