“Rumah Itu Memang Berhantu,” Ini Pengalaman Seram Di Sebalik Tabir Filem Pusaka

Razaisyam Rashid memilih sebuah rumah bagi menjalani set penggambaran filem seram terbarunya, Pusaka tanpa mengetahui ‘apa’ yang menanti di sana.

“Kami tak tahu pun rumah yang kami sewa di Taman Titiwangsa untuk shoot itu sebenarnya memang berhantu.” kata pengarah filem ini dalam satu temu bual bersama akhbar The Sun Daily.

Dua orang kru filem terbabit dikatakan ‘dirasuk’ semasa penggambaran sehingga tim produksi memanggil ustaz untuk menunaikan solat hajat atau ibadat khusus bagi menjauhi sebarang gangguan makhluk halus.

Manakala Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) berkata yang dia tidak melihat apa-apa yang aneh tetapi dapat merasakan bulu roma belakang tengkuknya meremang ketika masuk ke dalam satu ruang rumah tempat mereka ‘shooting’.

Apa yang menakutkannya adalah apabila salah seorang kru memberitahu Ogy yang dia telah melihat seorang kanak-kanak berwajah aneh sedang berjalan dekat dengan pelakon wanita senior itu.

Syafiq Kyle peneraju utama cerita tersebut yang banyak menghabiskan masa di rumah berkenaan dan beberapa babak di tanah perkuburan turut mengambil langkah berjaga-jaga.

Dia membasuh kaki, muka dan membaca beberapa doa sebelum memasuki rumahnya. Katanya, “Perkara terakhir yang saya nak adalah bawa masuk roh yang tak tenteram ke dalam rumah saya.”

Sudahkah anda menonton filem Pusaka ini? Khabarnya filem ini mendominasi carta pawagam tempatan dan menerima pelbagai ‘kicauan’ di laman Twitter.

Rata-ratanya memberi komen yang filem ini banyak ‘jump scares’ sehingga ada popcorn penonton berterabur dan melayang.

Filem terbitan Astro Shaw yang mengandungi elemen seram dan penyiasatan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Sweet Qismina, Mimi Lana, Faizal Hussein, Ogy Ahmad Daud dan Aloy Paradox.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca