Rugi RM3.5 Juta, Lisa BlackPink Jadi Mangsa Penipuan Bekas Pengurus

Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa BlackPink telah ditipu oleh bekas pengurusnya sehingga dia mengalami kerugian sebanyak 1 bilion won (RM3,507,184).

Untuk pengetahuan anda, lelaki itu merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menerima wang bagi pihak Lisa. Walaupun bekas pengurus itu berkata dia akan menggunakan wang berkenaan untuk membeli hartanah buat Lisa, lelaki itu sebaliknya telah menghabiskan duit hasil titik peluh anggota termuda BlackPink berkenaan untuk berjudi.

YG Entertainment menerusi satu kenyataan turut mengesahkan bahawa Lisa mahu menyelesaikan masalah ini secara baik kerana bekas pengurus itu merupakan seseorang yang dia percaya.

Syarikat yang menaungi Lisa itu turut mengesahkan bekas pengurus itu telah membayar sebahagian daripada jumlah tersebut. Dia juga dilaporkan tidak lagi bekerja di syarikat berkenaan selepas bersetuju untuk menggantikan wang terbabit.

Sementara itu, satu sumber terdekat mengesahkan bahawa lelaki itu telah bekerja bersama kumpulan BlackPink sejak hari pertama kumpulan itu ditubuhkan.

“Mereka sudah bersama sejak dari awal kemunculan BlackPink lagi. Dia sering mengiringi anggota termuda kumpulan berkenaan ke mana-mana sahaja wanita itu pergi.

Dia merupakan seorang individu yang baik dan mudah untuk berurusan dengannya. Bekas pengurus itu juga merupakan seorang yang dipercayai oleh semua ahli BlackPink,” ujarnya.

Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu tindakan wajar untuk menggunakan wang yang diperoleh daripada hasil titik peluh orang lain untuk kegunaan peribadi?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca