Rugi Main Saham, Lelaki Ini Terjun Ke Dalam Tangki Besi Cair

Seorang lelaki di China menamatkan riwatnya sendiri dengan melompat ke dalam tangki berisi besi cair yang panas selepas mendiang difahamkan telah mengalami kerugian lebih 60 ribu Yuan (RM37,867) ketika melabur dalam saham.

Wang Long telah bekerja sebagai pemproses keluli di Baotou Steel selama lebih 10 tahun sebelum mendiang telah dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 24 Mac lalu.

Lelaki berusia 33 tahun itu sepatutnya menjalani syif malam di kilang berkenaan pada 24 Mac lalu. Pelik dengan kehilangan Long, pihak syarikat membuat keputusan untuk menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Long dilihat membuang peralatan pelindung peribadinya sebelum terjun ke dalam tangki pemprosesan besi cair. Suhu besi yang sedang lebur itu dianggarkan kira-kira 1,500 darjah Celsius.

Ketika menyiasat kes berkenaan, pihak pengurusan syarikat menemui bukti Long mengalami kerugian besar pada hari mendiang bertindak ambil nyawanya sendiri kerana dagangan sahamnya tidak membuahkan hasil. 

“Kami menemui petunjuk bahawa Long berhutang untuk membeli saham. Saham itu pula menyebabkan beliau mengalami kerugian besar dan sekali gus tidak mampu membayar hutangnya,” kata pernyataan bertulis pihak pengurusan Baotou Steel.

Dalam pada itu, indeks saham China telah jatuh ke titik terendah untuk suku pertama 2021 pada hari sama Long menghembuskan nafas terakhir.

Bloomberg turut melaporkan pelabur runcit China berduyun-duyun ke pasar terpakai untuk menjual pelbagai aset seperti jam tangan, cincin emas dan Nintendo Switch untuk menutup kerugian yang berpunca daripada pelaburan dana bersama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca