Ruang Pesawat ‘Punggung Terbang’ Yang Mewah, Bakal Beroperasi 2025

ruang_pesawat_punggung_terbang_yang_mewah_bakal_beroperasi_2025_1

Beberapa tahun ke hadapan, pengangkutan udara mungkin akan menyaksikan pelbagai perubahan dengan munculnya satu bentuk pesawat baru yang akan menggegarkan seluruh industri penerbangan.

Difahamkan, sejak kapal terbang prototaip Airlander 10 terhempas pada tahun 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat revolusioner yang juga dikenali sebagai ‘punggung terbang’ itu mula beroperasi.

Menerusi kemas kini terbaharu, pengeluar Hybrid Air Vehicles (HAV) menyatakan bahawa kapal terbang Zeppelin moden itu sedang bersiap untuk beroperasi sepenuhnya.

Menjelang 2023, syarikat tersebut menjangkakan akan mempunyai tiga buah kapal terbang yang bersedia untuk terbang dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Sumber: Aircraft Interior International

Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbang biasa.

Difahamkan, penumpang bakal menikmati pengalaman seakan berada dalam restoran terbang apabila menaikinya.

Bukan itu sahaja, di ruangan kabin berkenaan turut menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

ruang-pesawat-punggung-terbang-yang-mewah-bakal-beroperasi-2025
Sumber: Aircraft Interior International

Namun, ianya tidak sesuai bagi mereka yang mengejar masa kerana kapal terbang ini berkelajuan sekitar 128.7 kilometer sejam. Manakala kapal terbang biasa terbang pada kelajuan 804 kilometer sejam.

“Kelajuan bukanlah ciri yang paling penting bagi bakal penumpang pesawat kami”, memetik laporan portal Daily Star.

Dalam pada masa yang sama, penumpang juga dapat menjimatkan banyak masa di lapangan terbang.

Airlander hanya menggunakan terminal pop-up sendiri di mana sahaja daripada menggunakan lapangan terbang konvensional yang besar, di mana penumpang harus berjalan jauh untuk sampai ke pintu masuk.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca