Ruang Kerja Dan Belajar Serendah RM1/Jam, Ini Tawaran Terbaik Dari Plato Co-working Space Untuk Anda

Mahukan ruang kerja dan belajar yang murah dan selesa? Plato ada menyediakan ruang yang terbaik untuk anda. Menariknya, Plato menawarkan promosi hebat kepada anda semua dengan bayaran semurah RM1 sahaja bagi satu jam penggunaan co-working space bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi ini ditawarkan khusus pada 27 September 2019 sahaja. Sebelum ini, harga penggunaan co-working space di Plato adalah RM20 untuk 9 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Di co-working space Plato, terdapat pelbagai utiliti disediakan kepada para pelanggan. Jadi anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari ruang kerja yang serba kondusif dan berkemudahan lengkap sebaik apa yang ditawarkan di Plato. Mudah dan cukup menguntungkan.

Berikut adalah kemudahan dan keistimewaan yang dapat dinikmati oleh para pelanggan di Plato:

1. Chill Area

Chill area merupakan satu daripada kemudahan yang paling menarik. Plato menyediakan ruangan ini khas untuk para pelanggan bersantai dan berehat.

2. Pause Room

Pause room boleh digunakan oleh pelanggan sebagai tempat untuk berehat dan melelapkan mata buat seketika.

https://www.instagram.com/p/B1JCe5lpB-o/?utm_source=ig_web_copy_link

3. Call Room

Plato sangat menjaga privasi para pelanggannya dengan menyediakan call room sebagai tempat untuk menerima atau membuat sebarang panggilan telefon.

4. Ruang kerja yang kondusif

Ruangan kerja yang selesa membantu anda untuk fokus membuat tugasan dengan tenang dan efektif.

5. Kafe Plato

Terdapat juga kafe yang menawarkan hidangan enak dan kopi yang disediakan oleh barista terlatih.

6. Peck Area

Pelanggan dibenarkan membawa dan makan bekalan makanan di peck area.

https://www.instagram.com/p/B1QJOqWpjQP/?utm_source=ig_web_copy_link

7. Surau

Di Plato, surau disediakan kepada mereka yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah wajib.

https://www.instagram.com/p/B18XpoHpShf/?utm_source=ig_web_copy_link

8. Plato’s Flea Market

Pada 27 September 2019, Flea Market bakal diadakan di Plato dan terdapat pelbagai jenis barangan jualan merangkumi juadah makanan, minuman, pakaian dan macam-macam lagi.

Lebih mengujakan, selebriti ternama tanah air Malaysia turut serta mewarnai acara ini!

Selain daripada kemudahan seperti yang disenaraikan di atas, terdapat kemudahan asas disediakan khas untuk pelanggan seperti Internet, khidmat percetakan dan banyak lagi.

Siapa kata wang RM1 tidak bernilai di zaman sekarang? Buktinya, di Plato Space, dengan hanya bermodalkan RM1, anda berpeluang menikmati pengalaman kerja dan persekitaran eksklusif seperti di atas.

Menarik, bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman Instagram, Twitter dan Facebook Plato.

Bagi mereka yang ingin menempah slot RM1/jam, anda boleh menghubungi talian yang tertera dalam poster di atas atau walk in ke bangunan Plato bertempat di Jalan USJ Heights 1/1B, USJ Heights, 40150 Subang Jaya, Selangor pada 27 September 2019 ini.

Jumpa anda di Plato Space!

Artikel Lain Untuk Di Baca