Roti Gardenia Habis Dijual? Lelaki Ini Kongsi Resipi Roti Loaf ‘Homemade’

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, memang agak sukar untuk kita mendapatkan roti buku di mana-mana kedai mahupun pasar raya.

Kini, anda tidak perlu risau lagi! Seorang pengguna Facebook telah berkongsi resipi roti loaf yang mudah dan boleh dinikmati bersama keluarga tercinta.

Bagi menyediakan roti loaf ‘homemade’ ini, anda hanya perlu menyediakan 6 bahan utama iaitu:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 3 sudu gula
  • 1 cawan susu suam (full cream/ low fat/fresh)
  • 1 sudu makan yis
  • Sedikit garam

Cara membuat roti loaf ‘homemade’

1. Ambil 3 sudu gula dan digaul bersama dengan susu pilihan anda tadi berserta yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.

3. Uli bahan tadi seketika. Kemudian masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi.

4. Biarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik dengan cantik.

5. Bentukkan ke dalam bekas yang disapu butter (mentega) dan kemudian dibakar.

Untuk membakar roti ini, anda disarankan untuk menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning, anda boleh keluarkannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Untuk membaca artikel lain berkaitan makanan mahupun resipi, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca