Ronaldo vs Messi, Apa Kata Mourinho?

Jose Mourinho menganggap bahawa beliau sangat bertuah dan gembira apabila Cristiano Ronaldo pernah bermain di bawah kendaliannya di Santiago Bernabeu. Namun begitu beliau tetapi enggan menyatakan siapa yang lebih hebat dan baik di antara pemain itu dan Lionel Messi.

Ronaldo bermain di bawah kelolaan Mourinho ketika beliau menjadi pengurus Real Madrid antara tahun 2010 hingga 2013. Mereka bekerjasama sepanjang musim-musim tersebut untuk memenangi La Liga dan Copa Del Rey, selain Spanish Super Cup.

Namun begitu, walaupun tidak pernah berpengalaman mengurus dan melatih Messi sendiri, Mourinho telah beberapa kali tidak berapa berkenan dengan pemain Argentina itu bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di Liga Juara-Juara. Sudah menjadi kebiasaan lelaki berbangsa Portugis ini untuk cenderung tidak teruja dengan pemain yang bukan di bawah kendaliannya dan ‘mengangkat’ pemainnya (kadang-kala secara berlebihan). Antara pemain yang menjadi kegemaran dan sering diangkat melambung oleh beliau adalah Drogba dan Terry ketika di Chelsea, juga Ronaldo ketika di Real Madrid.

“Saya fikir ia tidak adil kepada kedua-dua mereka apabila seseorang mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada yang lain,” kata Mourinho kepada beIN Sports.

“Apabila ia melibatkan Messi dan Ronaldo, saya fikir ia tidak adil untuk membandingkan mereka. Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah apabila saya mempunyai Ronaldo dalam pasukan saya, saya adalah seorang yang sangat bertuah dan berasa gembira dengannya. Apabila saya terpaksa bermain menentang Messi – dan beberapa kali menentang Ronaldo – saya terpaksa berfikir lebih mendalam untuk memastikan pasukan saya menang.”

Untuk rekod, semasa bersama Real Madrid, Jose Mourinho mengalami 6 kali kekalahan semasa menentang pasukan yang diwakili oleh Lionel Messi iaitu seteru dari Catalan, Barcelona. Lebih memberi tamparan hebat buat beliau pada ketika itu adalah apabila tewas dengan 5 gol tanpa balas semasa pertembungan El Clasico pertama di bawah kendaliannya. Dalam perlawanan itu, Messi menyumbangkan dua bantuan gol. Itu adalah malam yang memberikan mimpi ngeri buat Mourinho.

“Perkara yang benar-benar perlu dikagumi adalah bilangan tahun yang mampu untuk kekal di puncak. Untuk menang sekali, ia boleh berlaku. Untuk menang dan menang dan menang dan menang, ia ternyata lebih sukar.”

“Kedua-dua pemain ini berada di puncak selama 10 tahun dan segala-galanya adalah mengenai mereka. Sehinggalah nanti tiba waktunya mereka sudah berasakan cukup dengan apa yang mereka mahukan dalam karier mereka, itulah masanya untuk pemain lain menggantikan tempat mereka dengan standard yang lebih tinggi.”

Mourinho kini menganggur selepas dipecat oleh Manchester United pada bulan Disember 2018.

Buat para peminat Real Madrid di Malaysia, Malaysia Real Madrid Supporters Club adalah kelab penyokong rasmi Real Madrid. Kelab ini aktif dengan pelbagai program sepanjang tahun, antaranya match viewing perlawanan-perlawanan utama, perlawanan bola sepak, perlawanan futsal dan banyak lagi.Untuk pendaftaran dan info lanjut, bolehlah hubungi mereka di Facebook.

Sumber: Metro

Artikel Lain Untuk Di Baca